Apa Yang Datang Dengan Mudah Belum Tentu Bertahan Lama Tapi Yang Bertahan Lama Tidak Datang Dengan Mudah

19, 20. Bagaimanakah pandangan seorang Kristian terhadap perkahwinan berbeza daripada pandangan ramai orang di dunia hari ini? Berikan perumpamaan.

19 Jika suami isteri ingin perkahwinan mereka berkekalan, mereka perlu mempunyai pandangan yang betul tentang komitmen. Dalam novel dan filem, perkahwinan bahagia merupakan kesudahan yang diidamkan orang. Tetapi dalam dunia sebenar, perkahwinan bukanlah suatu kesudahan. Perkahwinan merupakan suatu permulaan, dan aturan ini diasaskan oleh Tuhan untuk bertahan buat selama-lamanya. (Kejadian 2:24) Malangnya, kebanyakan orang hari ini tidak mempunyai pandangan sebegini. Dalam sesetengah budaya, orang mengatakan bahawa perkahwinan boleh diumpamakan kepada simpulan atau ikatan. Mereka mungkin tidak sedar bahawa perumpamaan ini tepat menggambarkan pandangan kebanyakan orang tentang perkahwinan. Mengapakah kita berkata demikian? Simpulan yang baik boleh bertahan, tetapi pada masa yang sama simpulan itu juga dapat diikat dan dibuka dengan mudah.

20 Ramai hari ini menganggap perkahwinan sebagai ikatan yang bersifat sementara. Mereka tergesa-gesa berkahwin kerana berfikir bahawa keperluan mereka dapat dipuaskan, tetapi sebaik sahaja timbulnya cabaran mereka menjangka bahawa mereka dapat mengakhiri perkahwinan tersebut. Namun, ingatlah bahawa Bible mengumpamakan perkahwinan kepada tiga utas tali yang dipintal menjadi satu. Tali yang digunakan dalam kapal layar direka untuk tahan lasak, dan tidak akan berbulu atau terurai bahkan semasa mengharungi ribut yang sangat dahsyat. Dalam cara yang  sama, perkahwinan haruslah berkekalan. Ingatlah kata-kata Yesus, ‘Mereka yang telah disatukan oleh Tuhan, tidak boleh dipisahkan oleh manusia.’ (Matius 19:6) Jika anda berkahwin, anda perlu mempunyai pandangan yang sama mengenai perkahwinan. Adakah komitmen sebegini menjadikan perkahwinan suatu beban? Tidak.

21. Suami dan isteri perlu mempunyai pandangan apa terhadap satu sama lain, dan apakah yang boleh membantu mereka melakukan hal ini?

21 Suami dan isteri perlu sentiasa mempunyai pandangan yang betul terhadap satu sama lain. Jika mereka masing-masing mencuba sedaya upaya untuk berfokus pada usaha dan sifat baik pasangan mereka, perkahwinan mereka akan membawa kebahagiaan dan kepuasan. Sesetengah orang mungkin berpendapat bahawa mereka tidak dapat sentiasa berpandangan positif terhadap pasangan mereka yang tidak sempurna. Tetapi, Yehuwa ialah Tuhan yang munasabah dan Dia sentiasa berpandangan positif terhadap kita, bukan? Seorang penulis mazmur bertanya, “Jika Engkau terus mengingat dosa-dosa kami, siapakah yang dapat terlepas daripada hukuman?” (Mazmur 130:3, ABB) Ya, seperti Yehuwa, suami dan isteri perlu mempunyai pandangan yang positif terhadap satu sama lain dan bermaaf-maafan.Kolose 3:13.

22, 23. Bagaimanakah Abraham dan Sara menetapkan teladan yang baik bagi pasangan suami isteri hari ini?

22 Semakin lama sebuah perkahwinan bertahan, semakin banyak berkat yang dapat diraih. Bible memberitahu kita tentang Abraham dan Sara apabila mereka sudah lanjut usia. Kehidupan mereka sebagai suami isteri tidak terkecuali daripada kesukaran dan cabaran. Bayangkanlah keadaannya bagi Sara yang pada masa itu mungkin berumur lebih daripada 60 tahun. Dia perlu meninggalkan kota Ur yang mewah dan rumahnya yang selesa lalu tinggal dalam khemah sehingga akhir hayatnya. Namun dia tunduk kepada  suaminya sebagai kepala keluarga. Sebagai pelengkap dan pembantu yang baik, dia menghormati dan membantu menjayakan keputusan suaminya. Ketundukan Sara tidak bersifat luaran sahaja. Bahkan “dalam hati” dia telah memanggil Abraham sebagai tuannya. * (Kejadian 18:12; 1 Petrus 3:6) Dia menghormati suaminya dari hati.

23 Hal ini tentu tidak bermaksud bahawa Abraham dan Sara selalu mempunyai pandangan yang sama. Pada suatu masa, Sara memberikan cadangan yang “sangat menyusahkan hati Abraham.” Walaupun begitu, apabila Yehuwa mengarahkan Abraham untuk mengikut cadangan Sara, dia telah berbuat demikian dengan rendah hati, dan hal ini telah membawa berkat kepada keluarga mereka. (Kejadian 21:9-13) Suami dan isteri hari ini, termasuk mereka yang sudah berkahwin selama puluhan tahun, boleh mengambil banyak iktibar daripada pasangan ini yang takut akan Tuhan.

24. Bagaimanakah sebuah perkahwinan dapat membawa nama baik kepada Tuhan Yehuwa?

24 Dalam sidang Kristian terdapat beribu-ribu pasangan suami isteri yang bahagia. Dalam perkahwinan mereka, isteri menunjukkan hormat yang mendalam kepada suami, suami mengasihi dan menghormati isteri, dan mereka berdua berganding bahu untuk mengutamakan kehendak Tuhan dalam kehidupan mereka. Jika anda membuat keputusan untuk berkahwin, semoga anda memilih teman hidup dengan bijak, membuat persediaan yang baik, dan mencurahkan usaha supaya perkahwinan anda diisi dengan kedamaian dan kasih, serta membawa nama baik kepada Tuhan Yehuwa. Dengan ini, perkahwinan anda tentu akan membantu anda untuk terus hidup di bawah naungan kasih Tuhan.

Source : https://www.jw.org/ms/bahan-terbitan/buku/kasih-tuhan/perkahwinan-kurniaan-tuhan/

827
Filed Under: jw
Apa Yang Datang Dengan Mudah Belum Tentu Bertahan Lama Tapi Yang Bertahan Lama Tidak Datang Dengan Mudah

Source:jw

Apa Yang Datang Dengan Mudah Belum Tentu Bertahan Lama Tapi Yang Bertahan Lama Tidak Datang Dengan Mudah

Apa Yang Datang Dengan Mudah Belum Tentu Bertahan Lama Tapi Yang Bertahan Lama Tidak Datang Dengan Mudah

Source:jw

Apa Yang Datang Dengan Mudah Belum Tentu Bertahan Lama Tapi Yang Bertahan Lama Tidak Datang Dengan Mudah